28. Sep, 2018

Nasihat Dari Kerusi Dialisis

JANGANLAH ROSAK BUAH PINGGANG

Setiap hari Ahad, Selasa dan Khamis, saya wajib hadir di Hospital Pakar Metro, menambat diri selama 4 jam dikerusi diailisis ditemani misi yang mengulang pertanyaan sekali sekala "Pak Cik ok ka?" Satu pertanyaan routine utk kepastian pesakit dailisis seperti saya tiada masalah. Tusukan dua jarum sebesar dawai pagar yang melekat dilengan menelan semua nikmat hidup, aliran darah serta denyutan pedih sudah menjadi mainan demi kelangsungan hidup, tetapi itulah satu satunya jalan yg ada. Ketika orang lain berebut meninggalkan rumah untuk ke tempat kerja, saya dan isteri memandu ke hospital. Rasa takut sudah lama d ihumban jauh demi kelangsungan hidup saya yang ibarat berulang membeli kehidupan sehari dengan nilai tinggi RM 200. Jika tidak dibuat dialisis, insyaallah dalam seminggu berpindahlah jasad ini ke alam kubur.

Itulah routine hidup saya dan isteri serta anak, 3 kali seminggu. Yang sakit seorang, yang terseret, anak isteri kerana menghantar dan menjemput. Seluruh jadual hidup keluarga telah berubah.

Ambillah pengajaran, kawal pengambilan gula untuk mengelak kencing manis yang merosakkan buah pinggang. Kawal tekanan darah yang juga menjadi punca kerosakan buah pinggang. Ambil insulin jika anda telah terkena diabetes untuk mengelak kerosakan buah pinggang kerana menelan ubat yang lama akan membeban dan merosakkan buah pinggang. Kos rawatan yang amat tinggi (setahun rm32000) jika anda tidak dibayai kerajaan, perkeso atau insuran hayat.

Pada pembaca saya, ingatlah kami pesakit kegagalan buah pinggang membeli hidup dengan harga yang mahal; sehari RM200 dan ditambat d ikerusi selama 4 jam tanpa berubah. Anda menikmati hidup percuma, tidak berbayar, tidak ditambat dikerusi, bangun pagi, lihat sinar mentari, berfikir untuk makan apa, buat apa yg di suka. Kami bangun pagi makan kena pilih, banyak yang tidak boleh, air sekadar sebotol mineral kecil untuk sehari, esok ke hospital lagi menadah lengan kepada misi. Manfaatkanlah waktu sihat dengan ibadat,j angan lupa, suatu hari mungkin anda juga akan mengisi kerusi diaisis ini jika makan  menurut hati. Kepada rakan dialisis, buat apa menyambung hidup jika hanya utk makan dan rehat sahaja ,gunakanlah sehari yang dibeli dengan harga yg mahal itu dengan ibadat untuk kembali kepada Allah.

Maafkan saya, kali ini menulis cerita diri. Bukan minta simpati tetapi saya mengharap bait-bait kata saya ini menjadi satu peringatan kerana firman Allah 'berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna'. Yang telah ada diabetes, high blood pressure, patuhilah nasihat doktor. Sesungguhnya penyakit ini akan menyusahkan diri dan menyusahkan anak isteri/suami, menjadi ujian yang berat kepada mereka dan saya melihat banyak anak yang gagal mengharunginya,amembiar ayah ibu dihantar oleh pemandu teksi atau grab ke hospital,atidak ditemani semasa dialisis dan....


ABD GHANI HARON

(artikel ini di ambil dari tulisan Abd Ghani Haron yang ditulis di FB. Saya adalah rakan maya nya dan telah memberitahu beliau untuk share tulisannya)

***********************************************************************

TIPS:  Senyuman Lebar

Masaalah kolesterol tinggi, darah tinggi dan kencing manis, serta untuk rendahkan resiko serangan stroke dan serangan jantung bolih di atasi secara semulajadi. Cara nya ada di sini  KEMBALI SIHAT