1. Okt, 2018

Anda Botak Dan Ada Eye Bag ?

Sebahagian dari kita mempunyai kepala botak dan mata ber Eyebag. Adakah ini ada kaitan dengan kualiti kesihatan?

.

Apabila usia meningkat, terdapat banyak perkara baru samaada kita sedar atau tidak, muncul di tubuh kita. Di antaranya ialah timbulnya "bag' di sekitar mata (eye bag) dan juga kebotakan rambut.

 

Mengikut sebuah kajian yang di bentangkan di dalam Seminar Tahunan American Heart Association, di jelaskan bahawa fenomena  "eyebag" yang wujud di sekeling mata adalah hasil dari endapan lemak di sekitar mata. Juga di laporkan eyebag dan kebotakan kepala menunjukkan petanda orang tersebut berisiko tinggi untuk  terkena serangan jantung. Tanda-tanda ini sebenarnya lebih menunjukkan usia biologi atau penuaan sebenar, berbanding umur seseorang itu.

 

Di Seminar tersebut, Para Penyelidik dari Denmark (1) menyatakan orang yang memiliki tanda-tanda penuaan ini ( endapan lemak di sekitar mata dan kebotakan) adalah berisiko 57 peratus lebih tinggi akan terkena serangan jantung. Orang-orang ini juga bila di diagnos, menunjukkan 39 peratus lebih tinggi ada mengidap penyakit cardiovascular jantung. Hubungan kebotakan ataupun keguguran rambut ini dengan potensi masaalah jantung hanya sesuai untuk lelaki. Bagi wanita, risiko serangan stroke atau serangan jantung bertambah tinggi bila sudah monopouse. 

 

Tybjaerg-Hansen dan rakan-rakannya mencapai kesimpulan ini setelah memantau kualiti kesihatan dari 10,885 orang berusia 40 tahun ke atas, selama 35 tahun. Hampir separuh di antaranya adalah wanita. Selama waktu tersebut itu, sebanyak 3,401 orang mengidap penyakit jantung dan 1,708 orang mengalami serangan jantung. 

 

Dalam kajian tersebut, para peserta telah diamati tanda-tanda penuaan sejak dari awal kajian, iaitu ada nya endapan lemak berwarna kuning di sekitar kelopak mata bagian bawah atau atas, susut nya garis rambut di dahi, kebotakan di ubun-ubun dan kerutan pada cuping telinga, serta jantina nya.

 

Penemuan menunjukkan bahawa adanya endapan lemak kuning di sekitar mata adalah petanda UTAMA yang di temukan dari mereka yang menghidap penyakit jantung dan serangan jantung. Timbunan lemak yang disebut dengan xanthelasmata ini sebenarnya sarat dengan lemak/kolesterol. Risiko serangan jantung akan meningkat seiring bertambahnya tanda-tanda tersebut.

 

(1) Profesor Anne Tybjaerg-Hansen dari Copenhagen University Denmark dalam Telegraph, Rabu (7/11/2012).

 

TIPS

Untuk mengatasi masaalah kolesterol tinggi, darah tinggi dan kencing manis dan kurangkan resiko serangan stroke dan serangan jantung secara semulajadi sila tekan SAYA NAK SIHAT