KAKI SIHAT

8. Ogo, 2019

 

BERBAGAI TANDA SAKIT DI BADAN - SEMUA ORANG WAJIB TAHU.

 

Awas Simpton Stroke Dan Serangan Jantung
Ketahui Cara Badan Anda Bagi Signel Awal
.
.
Sebab akhir akhir ini Seorang demi seorang di serang stroke atau serangan jantung. 😭😭
Setiap minit, 1 dari 4 orang di serang nya.
.
Punca utama nya ialah salur darah tersumbat sepenuhnya secara tiba tiba. Tiada Siapa yang menyangka ada salur darah nya yang tersumbat. Tiba tiba dunia gelap dan rebah.. 🥺
.
Sebenarnya tubuh telah awal awal bagi signel. Cuma kita sahaja yang tak faham atau pura pura tak faham...

Baca seterusnya untuk memahami signel tersebut. Moga dapat ambil tindakkan pencegahan awal untuk elakkan serangan stroke dan serangan jantung

 

1. Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

- tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

3. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA ✿✿

- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

6. Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

7. Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

8. Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

9. Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

10. Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

11. Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

12 Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

13. Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

14. Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

1. Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

5. Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

6. Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.

7. Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.

8. Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

9. Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.

10. Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

11. Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

12. Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

13. Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

14. Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

15. Rasa bimbang dan takut :
-Sistem paru-paru yang lemah.

16. Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

Credits UAStube


👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻


Tu dia banyaknya tanda tanda sakit akibat dari aliran darah tidak lancar. Maksudnya salur darah tersumbat.
.
Salur darah tersumbat adalah kesan dari gula tinggi dan kolesterol tinggi dalam darah.

Untuk lancarkan edaran darah, salur darah perlu bersih dan bacaan gula, kolesterol dan tekanan darah wajib di aras normal. Kliks link di bawah ini untuk lancarkan edaran darah secara natural.


www.jusse7en.com

www.jusse7en.com

25. Mei, 2019

 

Ramai rakyat Malaysia dapat penyakit jantung pada usia muda
Bernama | Published Oktober 10, 2018 13:38 MYT

KUALA LUMPUR: : Penyakit jantung atau kardiovascular (CVD) menyerang rakyat Malaysia pada usia yang lebih muda berbanding di negara jiran, demikian menurut Pakar Perunding Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Ahmad Khairuddin Mohamed Yusof.

Merujuk kepada Laporan Kementerian Kesihatan 2017, rakyat negara ini mendapat penyakit jantung pada usia 58 tahun berbanding rakyat Thailand (65 tahun), China (63 tahun), negara Barat (66 tahun) dan Kanada (68 tahun).

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2014 pula menyebut kadar kematian akibat CVD di kalangan rakyat Malaysia ialah 36 peratus.

Dianggarkan 17.7 juta meninggal dunia akibat CVD pada 2015, iaitu 31 peratus daripada keseluruhan kematian CVD di dunia.

Dr Ahmad Khairuddin mengaitkan CVD termasuk serangan jantung dan strok dengan kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah.

Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, dianggarkan 47.7 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai kolesterol darah yang tinggi, yang dikenali juga sebagai "hypercholesterolemia".

Angka ini jelas menunjukkan peningkatan berbanding 32.6 peratus pada 2011.

"Perubahan tingkah laku individu berkait dengan gaya hidup adalah penting. Perlu lebih banyak senaman, makan makanan sihat, elakkan alkohol dan lemak tidak tepu pelbagai 'polyunsaturated fat' dan kurangkan kalori.

"Meskipun rawatan termasuk rawatan perubatan statin boleh membantu mengurangkan kolesterol yang tinggi, pencegahan lazimnya lebih baik dan mengamalkan gaya hidup yang sihat penting untuk mengurangkan risiko, " jelas beliau.

Beliau menambah beberapa kesan CVD termasuk ketidakmampuan fizikal, beban kewangan, tekanan emosi bukan sahaja yang ditanggung pesakit tetapi juga penjaga mereka.

Dr Ahmad Khairuddin ditemui ketika pelancaran "Repatha (evolocumab)" iaitu kaedah rawatan baru untuk kolesterol jahat (LDC-C) yang tinggi dan tidak dapat dikawal, anjuran Zuellig Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KENALI KOLESTEROL

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam darah.

Di samping organ hati manusia yang menghasilkan kolesterol ini, ia juga boleh didapati di dalam sesetengah makanan seperti daging merah, keju mengandungi lemak yang tinggi, mentega dan telur.

Ketahuilah bahawa kolesterol penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, umpamanya untuk pencernaan makanan, penghasilan hormon serta vitamin D.

Bagaimanapun, perlu diingatkan paras kolesterol yang tinggi di dalam darah mungkin boleh menyebabkan penyakit jantung atau kardiovaskular (CVD) termasuk serangan jantung dan strok.

Kolesterol mungkin wujud dalam dua bentuk iaitu kolesterol "high-density lipoprotein" (HDL-C atau kolesterol baik) dan kolesterol "low density lipoprotein" (LDL-C atau kolesterol jahat).

Peranan HDL adalah untuk mengambil kolesterol dari tisu ke hati untuk disingkirkan daripada tubuh yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, sementara LDL pula membawa kolesterol ke tisu yang mungkin menyumbat salur darah. Oleh yang demikian, paras tinggi LDL dikenali sebagai faktor risiko utama untuk CVD.

"Gaya hidup yang tidak sihat serta corak pemakanan yang tidak seimbang, obesiti, menghisap rokok, pengambilan gula yang tinggi dan penyakit lain seperti diabetes melitus atau kegiatan kelenjar tiroid yang rendah adalah antara punca peningkatan kolesterol dalam darah. Di samping itu, kelainan genetik yang menyebabkan paras tinggi LDL-C dipanggil "Familial Hypercholesterolemia" (FH) juga menyumbang kepada penyakit ini.

"Ada dua jenis FH iaitu 'Heterozygous Familial Hypercholesterolemia' (HeFH) dan 'Homozygous Familial Hypercholesterolemia' (HoFH). HeFH berlaku apabila mutasi genetik diwarisi daripada ibu atau bapa sementara HoFH (versi yang lebih teruk) diwarisi daripada ibu dan bapa. Keadaan ini memerlukan rawatan segera kerana ia boleh menyebabkan CVD lebih awal, " beliau memberitahu Bernama.

"PEMBUNUH SENYAP"

Kebanyakan mereka yang mempunyai kadar kolesterol tinggi tidak mempunyai gejala dan ramai yang tidak sedar akan keadaan kesihatan mereka.

Ini akan hanya dapat dikesan apabila ujian darah dilakukan, justeru, ia juga dikenali sebagai "pembunuh senyap."

Menurut Dr Ahmad Khairuddin, sekiranya keadaan ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan 'atherosclerosis', iaitu pengumpulan kolesterol di dalam arteri atau pembuluh darah yang kemudiannya membentuk deposit dipanggil plak.

"Plak terdiri daripada lemak, kolesterol, kalsium serta benda lain yang terdapat dalam darah dan akan mengeras, kemudiannya menyempitkan arteri. Keadaan ini menghadkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke organ dan bahagian lain tubuh.

"Ini boleh menyebabkan 'angina' atau sakit dada yang berlaku apabila bekalan darah ke jantung terjejas akibat arteri yang tersumbat, atau serangan jantung sekiranya arteri yang sarat dengan plak pecah dan berlaku darah beku, atau strok jika aliran darah ke otak tersekat akibat arteri yang tersumbat, " jelasnya.

Di sebalik tanda yang tidak jelas, Dr Ahmad Khairuddin bagaimanapun berkata, seseorang itu mungkin perlu melihat beberapa "tanda awal" terutama di atas kulit mereka untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai penyakit berkenaan.

Ini mungkin tanda fizikal seperti tompok kuning di sekitar kulit kelopak mata dikenali sebagai 'xanthelasma palpebrarum', kelihatan 'lengkuk' putih atau kelabu di dalam mata "Arcus senilis' atau deposit kuning (benjol) di dalam tendon yang dipanggil 'xanthomata'.

**********************

Cara Semulajadi Elakkan Serangan Jantung Dan Stroke

 

Tanda tanda yang di jelaskan di atas semua nya akibat dari kolesterol tinggi, darah tinggi, kencing manis.

 

Sila kliks link di bawah untuk elakkan serangan Jantung Dan stroke


 Elakkan Serangan

Jantung dan stroke  

 

19. Feb, 2019

 

 

Sebelum usia 40 ramai jejaka yang hebat hebat. Tidak pernah terbayang yang ia akan longlai. Dalam fikiran dan semangat sangat kuat. Namun kekuatan semangat itu tidak sehebat praktikalnya. Kenapa nya. ?

 

Itu lah yang di gelar mati pucuk. Peristiwa yang di geruni ramai jejaka. Masaalah utama mati pucuk ialah gangguan aliran darah di penis akibat salur darah tersumbat. Mati pucuk juga adalah di antara tanda awal akan berlakunya serangan Jantung atau stroke.


Lawat laman web berikut untuk bersihkan salur darah secara semulajadi bagi meningkatkan aliran darah.

KEMBALI TEGAR

12. Feb, 2019

.

.

Waspada 7 Gejala Ini Dapat Dirasai Sebulan Sebelum Serangan Jantung
.

.
Anda pasti tahu bahawa penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Penyakit jantung didahului oleh serangan jantung biasanya berlaku apabila bekalan darah tidak cukup untuk sampai ke jantung.

Walaupun ia boleh berlaku secara tiba-tiba, namun sebulan sebelum serangan jantung, pesakit biasanya boleh merasai beberapa gejala. Ini tanda-tanda tersebut.
.
1. Lemah badan yang luar biasa


Ini adalah gejala utama penyakit jantung yang disebabkan oleh kekurangan aliran dan peredaran darah. Ini berlaku kerana penyempitan saluran darah dan otot yang lemah yang merupakan amaran serangan jantung dalam peringkat awal. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda serangan jantung.

2. Pening

Apabila berlaku kekurangan aliran darah, pening adalah satu lagi gejala yang akan anda hadapi. Kurangnya peredaran darah memberi kesan kepada aliran darah ke otak yang boleh mengakibatkan pening.

3. Peluh sejuk

Peluh sejuk adalah satu lagi gejala yang menunjukkan bahawa tubuh anda mungkin berada di bawah ancaman. Apabila tidak ada aliran darah yang mencukupi, tubuh anda mungkin berasa lemah dan sejuk. Ini adalah salah satu tanda amaran serangan jantung.

4. Sakit Dada

Sekiranya anda mengalami sakit di bahagian dada dan bahagian lain anggota badan seperti lengan, belakang dan bahu anda, maka anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Sakit dada dan sesak nafas adalah gejala utama yang dapat menunjukkan masalah jantung.

5. Selesema

Ramai mangsa serangan jantung telah mengalami gejala selesema, sebulan sebelum serangan jantung. Ini juga merupakan petunjuk serangan jantung.

6. Sesak nafas

Ini adalah satu lagi gejala utama kemungkinan serangan jantung. Paru-paru memerlukan oksigen yang sepatutnya dan aliran darah yang mencukupi. Tetapi apabila jantung bermasalah, maka boleh jadi aliran darah ke paru-paru tidak cukup, menyebabkan sesak nafas. Ini adalah salah satu daripada gejala serangan jantung.

7. Mual, senak, sakit perut, dan lain-lain

Tanda-tanda penting termasuk loya, senak, atau sakit perut. Ini adalah beberapa tanda serangan jantung dan gejala yang perlu anda ketahui.

Itulah serba sedikit antara beberapa tanda-tanda awal sebelum serangan jantung yang anda patut sedar. Jadi, adakah anda pernah mengalami salah satu gejala ini? Jika ya, anda perlu mendapatkan bantuan doktor dengan segera supaya pemeriksaan secara teliti dapat dilakukan.

 

Langkah Mudah Cegah Penyakit Jantung Sebelum Terlambat

.

Penyakit jantung bukan hanya menyerang lelaki sahaja tetapi juga menyerang wanita dan kanak-kanak. Walaubagaimanapun risiko golongan wanita mendapat penyakit jantung adalah lebih rendah kerana tubuh wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang berupaya melindungi wanita daripada risiko sakit jantung.

Diabetes melitus atau penyakit diabetes menjadi faktor tertinggi penyebab penyakit jantung. Penyakit diabetes menyebabkan gangguan metabolisma karbohidrat kerana kekurangan hormon pankreas insulin untuk menukarkan gula menjadi tenaga.
.
.
Punca Penyakit Jantung

✅Usia 35 tahun ke atas – Wanita yang menopous berisiko tinggi mendapat penyakit jantung

✅Kolestrol berlebihan
✅Tekanan Darah Tinggi
✅Tabiat Merokok
✅Stress
✅Lemak dalam tubuh berlebihan – ukur lilit pinggang lebih 80cm berisiko tinggi mendapat sakit jantung.
✅Kurang Bersenam
✅Diabetes Melitus atau Penyakit kencing manis
✅Sejarah keluarga yang mempunyai masalah sakit jantung
✅ Berat badan berlebihan
.
.

Bagaimana Punca Menyebabkan Penyakit Jantung Terjadi

 

1.Asap Rokok
Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah
Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding salur darah
Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
Tekanan perasaan

2. Lemak Berlebihan, Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak

3. Kurang Bersenam, Pengaliran darah ke jantung tidak begitu lancar & Jantung lemah

4. Darah Tinggi
Menggalakkan penyempitan salur darah dan jantung terpaksa mengepam lebih kuat
Lebih tinggi tekanan darah tinggi lebih besar risiko serangan sakit jantung

5. Penyakit Kencing Manis, Berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung
.
.
Cara Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

✅Berhenti merokok
✅Mengambil ubat atau lebih baik supplement semulajadi untuk mengawal tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis.
✅Kawal Stress dengan cara hidup sihat – dapatkan tidur dan rehat yang cukup, jalani aktiviti fizikal
✅Pilih daging putih seperti ayam dan ikan serta kurang pengambilan daging merah
✅Kerap Bersenam- berjalan kaki sambil membeli belah merupakan senaman paling mudah
✅Ambil makanan tinggi serat untuk pembakaran lemak atau kolestrol yang lebih baik
✅Pilih makanan berkhasiat – lebihkan ikan, buah-buahan dan sayuran.
✅Pilih makanan rendah lemak
✅Pilih cara memasak yang sihat – panggang, rebus dan kukus
cara
.
.
Simptom Penyakit Jantung

✅Sukar bernafas jika berbaring
✅Sakit kepala, Pening
✅Pengsan
✅Berasa tertekan
✅Kerap terjaga ketika tidur
✅Sakit dada / Rasa pijar dibahagian dada

Sumber: IslamikInfo

 

Cara Semulajadi Elakkan Serangan Jantung Dan Stroke

 

Tanda tanda yang di jelaskan di atas semua nya akibat dari kolesterol tinggi, darah tinggi, kencing manis. Atasi masaalah ini dengan amalkan jus se7en. Sila lawat website ini untuk maklumat seterusnya

www.jusse7en.com

www.jusse7en.com

 

19. Jan, 2019

20 Cara Mengelak Penyakit Diabetes

 

Diabetes adalah penyakit kronik yang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kes yang tidak terkawal boleh menyebabkan kebutaan, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain keadaan serius.

Sebelum kencing manis di diagnosis, ada masa di mana paras gula dalam darah tinggi tetapi tidak cukup tinggi untuk di diagnosis sebagai diabetes. Ini dikenali sebagai prediabetes.

Dianggarkan bahawa sehingga 70% orang dengan prediabetes terus mengembangkan diabetes jenis 2.

 

Tetapi anda tidak akan menjadi salah seorang daripada mereka!

Itulah sebabnya mengapa kami ingin berkongsi maklumat tentang amalan-amalan tabiat yang baik untuk anda - di mana ia boleh ‘reverse’ prediabetes dan memastikan anda tidak akan menghidap penyakit kencing manis yang sebenar.

 

#1 Kurangkan Pengambilan Gula dan Karbohidrat Halus Dari Diet Anda

.
Makanan yang tinggi karbohidrat dan gula akan meningkatkan kadar gula darah dan insulin, yang mungkin menyebabkan kencing manis dari masa ke semasa.

Mengelakkan makanan ini boleh membantu mengurangkan risiko anda terkena diabetes.

 

#2 Kerap Bersenam


Melakukan aktiviti fizikal secara rutin dapat meningkatkan rembesan dan kepekaan insulin. Ini dapat membantu mencegah perkembangan prediabetes menjadi diabetes.

 

#3 Jadikan Air Sebagai Minuman Mutlak Anda


Minum air putih dan bukan nya minuman (berkarbonat/bergula) lain dapat membantu mengawal kadar gula darah dan insulin, sehingga mengurangkan risiko diabetes.

 

#4 Kurangkan Berat Jika Anda Obes Atau Mempunyai Berat Badan Berlebihan


Mempunyai berat badan yang berlebihan, terutamanya di kawasan perut, meningkatkan kemungkinan menghidap penyakit kencing manis. Berkurangan berat badan boleh mengurangkan risiko diabetes.

 

#5 Berhenti Merokok


Amalan merokok sangat dikaitkan dengan risiko diabetes, terutamanya bagi ‘heavy smokers’. Meninggalkan tabiat tersebut mengurangkan risiko ini dari semasa ke semasa – seperti yang dianalisis dalam beberapa kajian.

 

#6 Amalkan Diet Rendah Karbohidrat


Amalan diet ketogenic atau diet rendah karbohidrat boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah dan tahap insulin di bawah kawalan, yang boleh mengelakkan terkena penyakit kencing manis.

 

#7 Elak Makan Berlebihan


Mengelakkan makan "besar" atau makan banyak boleh membantu mengurangkan tahap insulin dan paras gula dalam darah dan mengurangkan risiko diabetes.

 

#8 Elakkan Kelakuan Sedentari (Santai)


Jika anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti fizikal dan anda dalam posisi duduk sepanjang hari, maka anda menjalani gaya hidup yang tidak aktif – yang juga dikenali sebagai gaya hidup sendetari. Pastikan badan anda melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan walaupun untuk seminit setiap 30 minit.

 

#9 Makan Diet Serat Tinggi


Mendapatkan banyak serat dalam setiap hidangan adalah bermanfaat untuk kesihatan usus dan pengurusan berat badan. Ia boleh membantu mengelakkan pancang pada tahap gula dalam darah dan tahap insulin.

 

#10 Optimumkan Tahap Vitamin D


Vitamin D adalah penting untuk kawalan paras gula dalam darah. Pengambilan makanan yang tinggi dalam vitamin D atau mengambil suplemen boleh membantu optimumkan tahap vitamin D dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko diabetes anda.

 

#11 Kurangkan Pengambilan Makanan Diproses


Satu langkah yang jelas yang boleh diambil untuk meningkatkan kesihatan anda adalah untuk minimumkan pengambilan makanan diproses.

Mereka dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk penyakit jantung, obesiti dan diabetes.

 

#12 Minum Kopi Atau Teh


Walaupun air putih harus menjadi minuman utama anda, beberapa penyelidikan mencadangkan bahawa pengambilan kopi atau teh dalam diet anda boleh membantu anda mengelakkan diabetes. Kopi dan teh mempunyai antioxidan yang dikenali sebagai polifenol yang boleh membantu melindungi anda daripada penyakit kencing manis.

 

#13 Mengambil Herba-Herba Semulajadi Ini


Curcumin adalah komponen dari kunyit, yang merupakan salah satu bahan utama dalam kari.

Ia mempunyai sifat anti-radang yang kuat dan telah digunakan di India selama berabad-abad sebagai sebahagian daripada ubat Ayurveda.

Penyelidikan telah menunjukkan ia sangat berkesan terhadap arthritis dan boleh membantu mengurangkan radang pada orang yang mempunyai prediabetes.

 

Berberine terdapat dalam beberapa herba dan telah digunakan dalam ubat tradisional Cina selama ribuan tahun.

Kajian telah menunjukkan bahawa ia melawan keradangan dan merendahkan kolesterol dan penanda penyakit jantung lain.

Di samping itu, beberapa kajian yang dilakukan keatas orang dengan diabetes jenis 2 mendapati bahawa berberine mempunyai sifat-sifat penurunan tahap gula dalam darah.

 

Kayu manis boleh membantu mengekang paras tinggi gula dalam darah. Sebatian dalam kayu manis boleh mengaktifkan enzim yang merangsang reseptor insulin. Rempah manis ini juga telah ditunjukkan untuk membantu menurunkan kolesterol dan trigliserida, lemak darah yang boleh menyumbang kepada risiko diabetes.

 

#14 Kurangkan Penggunaan Kereta Anda


Berjalan seberapa banyak yang anda boleh setiap hari. Anda akan sihat walaupun anda tidak kehilangan apa-apa berat badan. Terdapat suatu kajian yang dilakukan di Finland di mana dengan berjalan risiko diabetes mereka turun sebanyak 80%, walaupun mereka tidak turun berat badan.

 

#15 Menjadi Pengamal Makanan Cereal


Memilih cereal yang betul dapat membantu anda menurunkan paras gula dalam darah dengan mantap. Pengambilan gandum yang lebih tinggi juga dikaitkan dengan kadar kanser payudara yang lebih rendah, diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi, dan strok.

 

#16 Makan Sayuran Dengan Lebih Kerap


Usahakan agar tidak makan Daging merah setiap hari. Para saintis mengesyaki kolesterol dalam daging merah dan aditif dalam daging yang diproses adalah penyebab diabetes dan masalah kesihatan yang lain.

 

#17 Kurangkan Stress


Tekanan emosi kronik boleh meningkatkan tahap gula dalam darah. Apabila anda stress, badan anda bersedia untuk mengambil tindakan.

Tindakan Penyesuaian ini menyebabkan jantung anda berdegup lebih cepat, pernafasan anda dipercepatkan, dan perut anda tersimpul. Dan ia juga mencetuskan paras gula darah anda  naik dengan pantas.

Senaman mudah seperti yoga dan langkah pengurusan tekanan lain boleh membantu anda mengawal kadar gula dalam darah.

 

#18 Rehat Malam Yang Sempurna


Apabila anda tidur terlalu singkat – atau terlalu lama – sistem saraf anda akan bertindak berjaga-jaga. Ini seterusnya akan mengganggu hormon yang mengawal paras gula dalam darah.

Tidur berlebihan boleh menjadi kemurungan atau mengganggu jadual tidur anda.

 

#19 Rapatkan Hubungan Dengan Kawan-Kawan Baik Anda (khas untuk wanita)


Wanita yang tinggal bersendirian lebih cenderung untuk merokok dan tidak mempunyai tabiat pemakanan yang sihat atau mengambil alkohol. Dan tabiat itu boleh meningkatkan risiko menghidap penyakit kencing manis dalam tempoh masa yang panjang.

 

#20 Jalani Ujian Darah


Banyak symptoms kencing manis bertindak dalam diam. Ujian darah yang mudah, dapat mendedahkan tahap paras gula. Orang yang mempunyai prediabetes - paras gula darah yang sedikit tinggi, antara 100 dan 125 mg/dl – sering dilanda kes kencing manis yang teruk dalam tempoh 10 tahun.

Mengetahui paras gula dalam darah membolihkan anda membuat tindakkan yang perlu untuk menstabilkan bacaan gula dalam darah - contohnya dengan diet mudah dan lakukan senaman senaman berjalan kaki atau naik turun tangga. 

 

****************

Anda Ada masaalah diabetes

dan hendak Turunkan bacaan gula dalam darah secara natural ?

 

Kliks Di Sini